My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Saturday, 19 July 2014

Hobi baruku..

Sejak datang Korea nie aku rajin lah masaknya. Kalau tak masak alamat tak makan lah kami jawabnya.. Mulanya memanglah terpaksa masak...tapi lama2 dah jadi minat pulak.. Mulalah berbaik dengan cik google tanya resipi apa nak masak hari2..pastu rajinlah pulak update Fb dengan masakan2 ku kat situ... terkejut adik2ku kat Msia. Rupanya kakak depa boleh jugak masak na...Hhehehehe..

Masak resipi biasa2 je.. yang selalu makan kat Msia..Kari, Masak Lemak,Sambal tumis, Laksa dll.  Banyak jugak resipi kek dan kuih yang dicuba .. seperti Cheesekut, kek pisang, Kek Labu, Kek Gula hangus atau Kek sarang semut..

Resipi yang menjadi faveret family aku nak letak kat sinilah takut lupa.. Jadi bila2 rasa nak buat atau terlupa resipi boleh tengok kat sini..

First resipi yang aku nak letak kat sini ialah Resipi Kek Choklat Moist.

Bahan A
1 cawan air/susu segar
1 cawan koko serbuk (diayak dahulu)
1 ketul butter (250gm)

Bahan B
2 cawan gula
5 biji telur (gred A)

Bahan C
2 cawan tepung gandum (diayak dahulu)
1 sudu teh baiking powder(diayak bersama tepung)
1 sudu teh soda bicarbonate(diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu pekat manis

Cara memasak:
  1.  Bahan A dimasak di atas api yang perlahan (jgn sampai pecah minyak).
  2. Bahan B dipukul hingga kembang.
  3. Masukkan bahan C ke dalam bahan B.
  4. Diikuti bahan A ke dalam bahan B
  5. Panaskan ketuhar.
  6. Masukkan semua bahan yg digaul sebati ke dalam acuan.
  7. Acuan terlebih dahulu disapukan sedikit mentega dan ditaburkan tepung supaya tidak melekat.
  8. Bakar dalam ketuhar 140c, 1 jam, api atas dan bawah (untuk dapatkan kek yg lembab)
Bahan untuk Coklat Topping
  1. 250ml   Whipping Cream(cooking) 
  2. 300 gm Cooking chocolate
  3. 20gm    Butter 
(dimasak double boiling)
Dah cair, curah jer kat atas kek tu....dahhh... boleh simpan dlm peti sejuk sebelum nak makan...


Inilah rupa dia bila dah siap..Inilah rupa dia bila dah siap..
bila dipotong...camnie la  rupa kat dalamnye...mesti moist....kalau x...x jadi la....hehehehe..bila dipotong...camnie la rupa kat dalamnye...mesti moist....kalau x...x jadi la....hehehehe.

Kek nie bila besday anak2 mesti buat...kejap ja dah habis..

No comments:

Post a Comment