My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Monday 10 November 2014

First Gathering Success

30 May 2014

Pagi yang sibuk...pukul 10 pagi nak jumpa kawan2 baru di Bunny Park. Belum pernah ke sana.Tak sabar nak jumpa orang Msia. Ramai jugaklah yang datang. Semua 14 orang termasuk aku. Salam perkenalan buat Ernida Harun, Ida Min, Madihah Rozani, Zaleha Olpin, Ashwin, Nicole, Yati, Kak Norhana, Shazana, Zai,Dorin, Kak Lina dan Nadia.

Dari Kiri: Nadia, madihah  ,Dorin, Anak kak Lina, Ashwin, Ida Min,
Syazana, Kak Norhana, Nicole, Zai, Yati, Aku, Ida Harun


Dengan Port Luck masing2 .. 
Bunny Park our first

Oedo Island

9 November 2014

Oedo Island

Sebuah pulau Persendirian yang pertama diusahakan diKorea oleh pasangan suami Isteri hampir 30 tahun sejak 1963. Pulau yang asalnya batu-bata telah diubah menjadi taman botani yang sungguh indah.

Ambil ferry di Terminal Ferry Jangseongpo 1.30 ptg. Lebih kurang sejam jugalah baru sampai tapi sangat berbaloi. Pukul 4ptg ferry akan bertolak dari Oedo.. jadi kami cuma ada 1 setengah jam saja untuk explore pulau nie...jom tengok breathtaking photo2 nie...























Autumn flowers so Awesome....

8 November 2014

Geoje Flower Festival 2014

Last week tak dapat masuk...parking penuh..akhirnya pergi pasar Gohyeon beli ikan.
This week minggu akhir festival ni. Sabtu pun hubby kerja..Plan lepas zohor nak pergi. Zohor awal sekarang 12.05 t/hari dah masuk waktu. Si abahnya dah balik...anak2 pula takda...pergi melompat di Lolly Polly. 2ptg baru balik...Akhirnya sampai jugalah..parking dalam sawah...padi dah tuai la...kering..

Selalu tengok member2 post gambar bunga cantik2 kat sini di FB terutama Sun Flower. Bila dah sampai memang cantik2..bukan bunga ja...ada serangga juga, pameran photo2 superb, caktus velly, pokok buah2an..sclupture2 menarik...jom tengok photo2 yang akak snap..




My Favourite photo


















Saturday 19 July 2014

Hobi baruku..

Sejak datang Korea nie aku rajin lah masaknya. Kalau tak masak alamat tak makan lah kami jawabnya.. Mulanya memanglah terpaksa masak...tapi lama2 dah jadi minat pulak.. Mulalah berbaik dengan cik google tanya resipi apa nak masak hari2..pastu rajinlah pulak update Fb dengan masakan2 ku kat situ... terkejut adik2ku kat Msia. Rupanya kakak depa boleh jugak masak na...Hhehehehe..

Masak resipi biasa2 je.. yang selalu makan kat Msia..Kari, Masak Lemak,Sambal tumis, Laksa dll.  Banyak jugak resipi kek dan kuih yang dicuba .. seperti Cheesekut, kek pisang, Kek Labu, Kek Gula hangus atau Kek sarang semut..

Resipi yang menjadi faveret family aku nak letak kat sinilah takut lupa.. Jadi bila2 rasa nak buat atau terlupa resipi boleh tengok kat sini..

First resipi yang aku nak letak kat sini ialah Resipi Kek Choklat Moist.

Bahan A
1 cawan air/susu segar
1 cawan koko serbuk (diayak dahulu)
1 ketul butter (250gm)

Bahan B
2 cawan gula
5 biji telur (gred A)

Bahan C
2 cawan tepung gandum (diayak dahulu)
1 sudu teh baiking powder(diayak bersama tepung)
1 sudu teh soda bicarbonate(diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu pekat manis

Cara memasak:
  1.  Bahan A dimasak di atas api yang perlahan (jgn sampai pecah minyak).
  2. Bahan B dipukul hingga kembang.
  3. Masukkan bahan C ke dalam bahan B.
  4. Diikuti bahan A ke dalam bahan B
  5. Panaskan ketuhar.
  6. Masukkan semua bahan yg digaul sebati ke dalam acuan.
  7. Acuan terlebih dahulu disapukan sedikit mentega dan ditaburkan tepung supaya tidak melekat.
  8. Bakar dalam ketuhar 140c, 1 jam, api atas dan bawah (untuk dapatkan kek yg lembab)
Bahan untuk Coklat Topping
  1. 250ml   Whipping Cream(cooking) 
  2. 300 gm Cooking chocolate
  3. 20gm    Butter 
(dimasak double boiling)
Dah cair, curah jer kat atas kek tu....dahhh... boleh simpan dlm peti sejuk sebelum nak makan...


Inilah rupa dia bila dah siap..Inilah rupa dia bila dah siap..
bila dipotong...camnie la  rupa kat dalamnye...mesti moist....kalau x...x jadi la....hehehehe..bila dipotong...camnie la rupa kat dalamnye...mesti moist....kalau x...x jadi la....hehehehe.

Kek nie bila besday anak2 mesti buat...kejap ja dah habis..

Monday 16 June 2014

Windy Hill

20 April 2014

Pusing pulau lagi, kali nie kami ke arah selatan Geoje. "Windy Hill" salah satu tempat tarikan pelancung.
Drama2 tv juga selalu buat penggambaran kat sini. Pemandangan laut dan bukit2 yg sangat indah.

My big family
Aisyah,Iman,Irfan n Ilham












Wednesday 28 May 2014

An-nyeong- ha-se-yo Korea..

31 March 2014
 Here is where the journey started...
KL-Busan-Okpo,Geoje Island
KOREA

Berdebar-debar2 menunggu hari ini.  Keluarga di kampung telahku tinggalkan, rumah Bertam pun telah diamanatkan untuk Ayah dan adik2ku menjaganya. Memang sedih juga dalam masa yang sama excited nak ke tempat baru. Bukan tak biasa tinggalkan keluarga. Aku biasa tinggal di UK tetapi itu masa muda belia dan tiada apa tanggungan. Sekarang berbeza bila dah berkahwin dan ada anak2. Banyak yang hendak difikirkan. Keperluan ibu bapa dikampung, sekolah anak2,bil2 yang perlu dibayar setiap bulan,segala surat menyurat dll. 
30 March 2014 kami  bertolak ke Puncak Jalil,KL. Rumah Abang Ikram dengan ditemani keluarga Abang Ikram yang pulang bercuti di kampung. Aku dan keluarga ditemani oleh Izir (adik iparku) yang memandu Navara kami ke KL. Oleh kerana dia pun sedang cuti belayar,  aku ajak dia ikut kami ke Korea. Bolehlah tengok2kan anak2 sedaranya sekali.

Onboard waiting to take-off..
Touch down to Busan International Airport

Abah dah tunggu...

Will update more n more soon...