My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Thursday 27 August 2009

Macam2 cerita...

Semalam tak jadi beli baru raya Irfan n Iman coz ada sale on 29,30 and 31 August kat Mega Mall. Daripada aku balik baik aku terus buat menicure & pedicure kat Nail art. 2 jam jugaklah from 12.30 thari - 2.30ptg.

Hari ini aku pegi saloon. Sejak lepas pantang rambut banyak gugur. Last month aku potong pendek and layered rambut aku. Mula potong cantiklah tapi bila dah panjang sikit ada kureng sikit...hari ini aku pegi iron straight...looks great tapi 5 jam tahan kepala sampai tersengguk2 juga aku dibuatnya. Cik abang lagi 2 minggu nak balik mestilah nak cantik2kan...dah lebik kurang 4 bulan ooo tak jumpa... asyik caling2 and email aje.

In the middle iron rambut Iman call kata kat rumah ular masuk. Kat kawasan aku tu mmg banyak ular. Lagi2 musin hujan. Rumah lot belakang aku pun dah berimba...start renovate half-way 3 years ago until sekarang tak siap2. Apa lagi call Izhar,adik ipar x der pula at last call my hero la..my father...hehehe..maxGiver anak aku kata...semua keje pun boleh buat... Balik tengok bangkai ular tedung...agak besar n panjang...tengoklah photo kat bawah tu....eeeee...geliii laa..



Monday 24 August 2009

Cerita pasal berbuka pulak...

Alhamdulillah...hari ini dah 3 hari kita berbuka dan 4 malam dah kita sembahyang terawikh. Seperti biasa bila Capt.Ikhwan tak der first day berbuka mestilah kat rumah my parent. Then malam ke dua baru kat rumah parent dia. Malam ke tiga baru rumah aku sendiri. Bestkan tinggal dekat2 nie. Boleh gilir2 tempat berbuka. Selalunya bila Capt Ikhwan tak der bulan puasa aku beli aje kat bazar Ramadhan. Ikut selera anak2 nak makan apa..kecian letih puasa. Bila sahur budak2 tu tak cerewet janji ada ayam goreng or telur goreng...kadang2 tu nak tukar selera diaorg makan cococrunch aje.

Kalau cik abang ada menunya lain. Capt.Ikhwan selalunya nakkan nasi untuk berbuka. Lauk kegemarannya seperti Ikan telapia masak lomak cili api, Masak lomak ketam, Siakap steam sweet sour. Awal2 lagi aku dah ke pasar cari bahan2 utk masak. Sesekali balik nak juga rasa air tangan isteri ye tak? Bukannya masakan bibik tak sedap cuma bibik selalu masak masakan yang anak2 aku suka aje seperti sup, masak kicap, udang goreng kunyit and sotong masak lemak kuning.

Esok berbuka kat kampung lagi coz esok moreh family Capt Ikhwan kat masjid. So ramailah adik beradik datang makan kat rumah. Lagilah meriah dengan anak2..sepupu...2 pupu.. Paksu Izir pun dah boleh balik rumah. Katanya nak puasa jugak.

Saturday 22 August 2009

Peristiwa Menjelang Ramadhan

Kena simpan untuk kenangan...bila rindu boleh baca lagi dan lagi..


Muka hensem Paksu sebelum accident


Kesian Paksu Izir



Baru jer bergumbira terima email from my honey banny...sempena our 10th anniversary, dapat pulak berita sedih. Paksu Izir (Adik bongsu Capt.Ikhwan) baru jer 16 thn,accident langgar lembu 1st nite terawikh. Tak sempat terawikh lagi...tok nah ajak tadarus kat rumah katanya nak tadarus kat masjid tapi nak pegi beli top-up jap...beli top-up pun bukan jauh mana 3 minit dah sampai. Kalau dikhabar kan ke Capt Ikhwan pun bukannye dia simpati....lagi pulangkan paku buah keras ada la.

Before this Izir ni sekolah Maktab Mahmood kat Alor Star asrama penuh. After dapat good result in PMR 7A nak tukar ke sekolah Al-Irshad Pokok Sena kat sini la. Tak nak dok asrama nak ulang alik so minta nak pakai motor la. Capt. Ikhwan suruh naik cupchai dia jer...tak nak. So Abah belilah motor baru entah apa brand tah..konon nak surprise la..sekali dia tak nak...tak best katanya..slow. Capt Ikhwan dah pesan dah jangan beli lain biar jer dia pakai motor tu...eemmm last2 pujuk Tok Nah(mak dia la...mak mentua aku jugak.) bising2 mulut dia pun belikan la jugak motor yg dia nak. Anak bongsukan....memang semua sayang dia pun. Aku pun sayang dia gak. He's very smart but agak playfull sikit. Memanglah cantik motor tu warna merah..sport rim tukar...lukis cantik punya.....last2 motor makan tuan.

Tadi Liza call katanya Izir nak makan fruit coktail Kak Jah and dadih...kesianlah pulak...esok pagi kenalah aku buatkan lagi. Makan masa besday irfan tak puas kot.

Friday 21 August 2009

10th Anniversary


Pejam celik pejam celik tak sedar pun rupanya dah 10 tahun aku jadi isteri orang...jadi ibu orang...hehhe 4 orang pulak tu...Alhamdulillah syukur. I'm happy with my life now. Tak nyesal pun berhenti keje opis. Aku suka title housewife nie. Adventure jugak...jadual full aje. I can be a driver...teacher...PA...FC..anything...that is why every wednesday and friday aku pegi spa utk massage,scrub..sometimes bodyrapping...itu penting tau. Kereta pun selalu kita hantar service and overhall. Lagi2 la perempuan yang dah beranak-pinak. Lagi satu treatment yang bagus pegi shopping or window shopping laa...Asyik layan anak2 tengok movie, tuisyen, swimming aje ... sometimes we need to appriciate and pamper ourselve too . Am i rite?
Walaupun hubby selalu on and off...we all tak rasa kehilangan coz he always call,email tanya khabar kami semua. My family and his family pun very supportive. Ala rumah depan and belakang jer. Maklumlah kahwin sekampung.
To my beloved husband, thanks for all these happiness you've given to me.

Thursday 20 August 2009

Keluhan hati mariners wife

Yesterday nite one of Chief Eng's wife call me. Her hubby sailling with my hubby. whenever kapal landed or anchor jer dia mesti call tanya Capt.Ikhwan dah call akak ker? Mulanya pelik jugak la...rupanya hubby dia belum call and bila dia call tak der jawapan...itu yang dia risau. Aku selalu cakap mesti dia tengah busy tu...nanti bila dah free mesti dia call.Aku pasti semua bini2 org kapal pun rasa macam tu. Mesti h/phone tak tinggal bila hari diaorg nak sampai port. Betul tak?
Lagi satu issue dia risau kalau2 ada AO perempuan kat atas kapal tu. Sekarang kan dah ada kadet perempuan...lagi la dia risau. Isteri mana yang tak risau. Kalau niat diorg betul keluar utk cari rezeki yang halal utk anak n isteri. InsyaAllah takder apa2 yang tak elok berlaku. Kita sebagai isteri mesti berbaik sangka dengan suami...perbaiki dan cantikkan diri kita luar dan dalam. Bila dia call jauh2 janganlah tanya yang bukan2 or buat dia susah hati...biar dia keje dengan lapang dada.
Kalau dia layan kita and anak2 seperti biasa, jangan risaukan benda yang bukan2...takut kita yang jatuh sakit. Sakit hati... sedangkan suami kita kat sana ok jer. Kalau kita dah buat sehabis baik dan benda yang kita tak nak tu terjadi juga....haaa masa tu baru boleh fikir...fikir bagaimana nak hadapi problem tu....

Besday Irfan













































Semalam 18/8/2009 besday Irfan yang ke-9. Selalunya bila abah tak der we all tak celebrate sangat. Just buat makan2 sikit and ajak family terdekat aje. Tak buat pun kecian juga coz everytime dia bangun tidur asyik downdown to his birth date aje...

Monday 17 August 2009


Ramai yang nak tengok baby Ilham...aku jarang bawa dia jalan2. Dia org kata putera lilin. Hehehe...tapi sebenarnya risau juga pasal H1N1..sebab tu la Ilham kena tinggal dengan bibik aje bila kitaorg keluar...so untuk tak menghampakan korang semua...kat fb n flickr tak der tau. Cuma kat blog nie je...

Sunday 16 August 2009

Cloth diapers(cd) vs disposable diapers(dd)

Last week aku tengok pasal cd kat Wanita Hari Ini. Tertariklah jugak. Not like our cd yang mak kite pakai dolu2. It's so cute & colourful. Why not I just give it a try...jimat and selamat. Just now I just order on-line 2 cds for a start. We'll see. Try guna kat rumah dulu.

Friday 14 August 2009

Minggu sakit-sakit

Sebelum H1N1 menular, habis satu family kena sakit mata. Startnya dengan Iman bawa balik from school. Then bibik pulak tertusuk tulang ikan. Dah bawa pi klinik ingatkan oklah rupanya benda lain pulak jadi. Habis satu badan Bibik Ros bengkak2. Pergi balik klinik tu.. rupanya alegy antibiotic. Sekarang nie dah period pulak katanya dah dua minggu non-stop. Dia salahkan antibiotic tu lagi la...bibik o bibik bulan nie asyik pi ambik ubat bibik jer la...agaknya tu simtom2 bibik nak menopos kot. Kalu camnie terus alamat tak sambung lagi la permit keje ye...

Monday 10 August 2009

Hujung minggu yang sibuk

This weekend penuh aktiviti bermula dari:

SABTU
08.00 pagi - Hantar airfan ke kelas tuisyen
08.30 pagi - Gotong - royong di Sekolah Islah. Aku kena cuci asrama E(asrama banat). Takderlah penat sangat sebab dibantu oleh adik2 banat SMART. Waris tak ramai sangat. Maybe becoz hujan kod pagi nie.
11.30 pagi - Ambil Ifran dari kelas tuisyen
12.00 thg - Makan tengahari di Sekolah Islah
02.00 ptg - Mandi/Rehat
04.00 ptg - Jamuan di Alam Maya Spa. Mesti datang kalau tak, tak boleh beli coupon massage and lulur.
06.00 ptg - Balik rumah.

AHAD
08.00 pagi - Irfan n Iman kelab bola sepak
Hari in ada sukaneka Bandar Putra Bertam. Pagi tak ramai sangat. Maybe because semalam hujan padang pun basah. Lagi pun mungkin ada yang balik kampung.
10.00 pagi - Pegi dewan Mellenium. Ada Karnival Zakat. Ke gerai Upin & Ipin. Anak2 aku beli note book, pen, book mark, lencana, patung upin, bergambar...
12.00 thg - Balik kampung
- Makan tengahari kat rumah tok yah. Lela masak nasi beriani Ayam.
04.00 ptg - Balik semula ke karnival sukan Bandar Putra Bertam. Meriah. Ramai org. Barulah
best sikit nak joint. Irfan, Iman masuk tiub belon and bola beracun. Aisyah pula masuk tiub belon and kutip gula2. Ada Bas Perpustakaan bergerak, booth JPJ, Anti Dadah, Celcom....air vico free.
05.30 ptg - Balik mandi la dah sehari berjalan...badan pun dah berbau peluh, lekit...