My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Wednesday 16 December 2009

After 14 years...

Hari ini aku dapat chat dengan kawan lama after 14 years berpisah semasa tamat diploma Accountancy kat ITM Arau dulu. Itulah kan untung juga ada FB nie....walaupun tak dapat jumpa, tapi masih boleh tahu perkembangan terkini kawan2 yang lama terpisah. It's good to hear all the good2 news from my friends. Ada yang keje opis, ada yang dah set-up own company, ada juga yg bussiness through internet, ada yang buat insurance, ada yang buat bussiness MLLM, ada juga home economist seperti aku nie....hehehehe...it's ok...dont look down with whatever you do. The most important is you love what ever you do. BETUL TAK?

Monday 14 December 2009

Baby Ilham first climbing...

On our last day kat KK, call rumah...ayah cakap Ilham demam selsema and batuk..nasib baik dah tinggalkan kad ING Ilham kat ayah so senanglah dia nak gi klinik ambil ubat. We all sampai je rumah lebih kurang pukul 2 pagi...Ilham macam tahu2 jer...dengar dia nangis...demam rindu sama tu..nampak jer muka ibu dia senyum terus...

12 Dec, Ada satu lagi cerita...rupa2nya dia nak tunjuk dah pandai merangkak...surprise!surprise! Ilham dah pandai panjat tangga hingga ke tingkat atas...






A journey to KK

On 7-10 December, we all sekeluarga kecuali baby Ilham and Bibik ..bercuti ke Sabah. We went there by MAS cuti2 m'sia....tambang murah punye...Dulu pegi dengan hubby aje. Sekarang bawa tentera sekali..
We went for 4 days 3 night je...stay kat Novotel and sewa kereta wira for self drive.
Tak banyak sangat tempat yang dapat dilawati dalam masa 4 hari.

On the first day we all just pusing2 town and singgah kat Sabah Tourism to get brochure about Sabah and KK Map. Malam adalah masa yang ditunggu2 coz ada makan besar...seafood time. Kat sini famous dengan makanan lautnya. Banyak sangat restoran so for the first night we all suruh pihak hotel sugguestkan. They suggest ke Suang Tain Open Air Seafood Restoran...agak memusinglah jugak mencari akhirnya jumpa jugak. Memang banyak fresh fish, crab, clam, lobster...sampai ada yang tak biasa tengok pun ada Tonight we have Black Kerapu stim, Crab sambal, black pepper clam, sotong salut tepung adn sabah vegi for dinner. The food was superb and very resonable price. Service pun bagus.

Next Morning we went to Mt.Kinabalu-mesti pergi, we all drive sampai ke Tracking Trail je. Kalau nak mendaki kena ada licence, after snap afew photo..we all teruskan perjalanan ke pekan kundasang di sana banyak fresh vegi+ fruits dijual. We all singgah beli jajan untuk makan dlm keta je. On the way back from Mt. Kinabalu tu ada one stop yang jual banyak handicraft. So apa lagi stop shopping souvenir jap. Balik hotel dah petang sangat. Get ready for dinner...tonight we all makan kat Port View Seafood...service memang best tak payah tunggu order lama2...ada persembahan kebudayaan...Aisyah sepanjang persembahan kat depan stage. Tonight we all makan Red Kerapu, Sea Cucumber, wet cheese prawn, clam, sabah vegi...yum..yum...silap la tak ambil gambar makanan sebelum makan..maybe dah lapar sangat kot...






2nd day ke Sabah Museum - luas sangat...ada jambatan gantung, Heritage Village& Art Gallery. Sebelah malamnye pula we all makan kat Nelayan Seafod Restoran. Emm...sedap juga tapi order sampai lambatnyer... Grand pada namanye aje....









Last day jalan2 kat  Philippine Market..beli handbeg untuk ibuku and ibu mertuaku (itu mesti) ...rantai,gelang, key-chin, t-shirt untuk adik beradik  yg lain...oppp! jangan lupa beli ikan,udang,sotong kering kalau dah ke sini..murah sangat... Irfan,Iman and Aisyah dah merungut tak larat jalan lagi..nak balik..baru tengahari...flight we all pukol 7.50pm. So bawalah pusing2 masuk UMS, singgah kat Atkinson Clock Tower, rehat kat Tanjung Ru sampai lah pukol 4pm.. barulah we all bertolak ke Airport.




Sekianlah kisah percutian kami ke Kota Kinabalu, Sabah.

Saturday 5 December 2009

Sunday 8 November 2009

Aisyah Graduation Nite and Concert.

Last nite first time Kinder Aisyah buat Pementasan Teater pada hari penyampaian sijil untuk students 6 years.
All 75 students paticipate... Lucu pun ada lihat gelagat anak2 kecil di atas pentas. Must give all the credits to all Graduan Bestari Teachers who really2 give 100% commitment to make the theatre succeed.This theatre diadaptasikan dari citer " Around the World in 80 day".  Teater diaorg bertajuk " Around the World in many ways". It all started when the BM teacher ask the student to do the homework during the school holidays on what transports usually used to travel around the world. It has 21 scenes...


Aisyah in scene no 10 where the students travel by submarine. They saw the sea life. Aisyah plays as fish Nemo.
Ibu ngan Abah sempat lagi tu bergambar di bilik persalinan. Gambar kat pentas jauh sangat...tak nampak pun muka Aisyah. Kena tunggu gambar2 and video dari pihak Kinder nampaknya.

Sekitar XTVT di Pullman, Putrajaya.

Last week, on 1-5 November Azie ikut Husband ke Senior Officer Forum at Pullman, Putrajaya. Sementara Para suami berforum...we all para isteri2 and anak2 ikut xtvt yg telah di sediakan oleh MISC staff...xtvtnya ialah Lawatan ke Aquaria KLCC, Shopping kat Alamanda, Movie Screening @ Pullman, some charity work at Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, indoor games, Colouring Contest..dll.
Here are some of the photos that we've capture...

Kids club and indoor games


Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.


Fellowship nite..

Putrajaya tour

Thursday 29 October 2009

Jam Patchwork


Haa...dah siap pun jam patchwork Azie...cuba la tengok. Cantik tak?

Monday 26 October 2009

Faldo Championship


First exposure to junior golf championship for Ifran and Iman.


Practising makes perfect...

The most exhausted day for my boys coz today they have been exposed to faldo championship. Today they have been trainned by FALDO pro. Tomorrow they got final exam...the preparation was very bad...Iman, if he can get 10A's.....(mid-sem he got 7A's)he will get new golf set.Iman pun dah semakin gelap...muka macam udang.  bakar....merah... Irfan pulak coz last mid-sem he did very bad....only got 1A, (banyak main internet games and PSP).So we just ask for at least 5A's....he will get new PSP games...yang si abang nie...benda lain kurang minat sikit...so nak suruh dia rajin belajar pun kena umpan games jugak..

Thursday 22 October 2009

Lets check-out my new project...




Inilah my masterpiece. Tak akan ku jual...akan ku gantung jadikan hiasan dinding.


Ini pulak projek sampingan. Jam and gelang crystal. Gelang tu senang je nak buat...simple design. Jam nak kata susah sangat tu tak lah...cuma it takes more concentration. Kalau sebutir je crystal nie hilang or tersalah steps...alamat tak jadi la..

Azie saje je suka2 masuk kelas creative arts nie....mana tahu lama2 bila dah banyak koleksi dan ada pulak yang berkenan...boleh dijual ye tak?

Next week Azie nak start buat jam patchwork pulak....nak tahu bagaimana rupanya??....haa...kena la tunggu azie siapkan dulu!!!!

My very first project....jeng..jeng..jeng..


90% siap....tak sabar nak tengok bila dah siap nanti...
velvet epal tu buat sendiri tau.....from kain cotton jadikan baldu.

Keluar awal hari ini sebab temankan hubby ambik Navara from Nissan service centre. Mulanya yakin sangat projek alas kaki boleh siap hari ini sebab datang awal. Ku sangkakan cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengahari....hehehe...Rupanya hari ini budak2 short course 3 bulan ramai. Masing2 ada yang kena antar projek handbeg esok and ada yang lusa. Bila dah ramai tu faham2 je la...mesin, meja semua penuh ...cikgu pun tak duduk diam, kejap sini....kejap sana. Yang kurang enak tu....ada juga yang bau badan... yang itu  akak tak berapa berkenan sikit. Kelas air-cond....Fenin-fenin la kepala. Alamatnya lepas tu rap-up.. then round-round kat Mega Mall kat depan tu ... after lunch kat Mc D....balik aje la...

Wednesday 21 October 2009

Berakhirnya Shawal...

Berakhir sudah bulan Shawal. Seronoknye pergi jalan rumah kawan2....kumpul ramai2, bertukar-tukar cerita. Semoga ziarah menziarahi antara sedara dan kawan2 tak semestinya bulan Shawal aje...patut dipanjangkan ke bulan lain juga.

Terima kasih kepada Su N Snoke...2 kali pegi raya kat rumah you all. Aisyah sampai 3 kali ulang makan...itu menunjukkan betapa sedapnya Cik Su masak and betapa lamanya bertandang...hehehe.

Thanks to Eda N Sharmee jugak...the barbeque was nice but the Lodeh/Lontong was superb... next morning pun breakfast Lontong lagi.Suka tengok Ilham that nite,tahan mata tak ngantok...ramai pengasuh. Bila balik, masuk keta je semua abang,kakak n adik lelap...Yang tak tahan tu , around 1.30am gantikan Ilham punye dypers ....muka senyum tapi mata pejam... kasi susu pulak, mulut minum... tapi mata pejam....haii..dah tak larat buka lagi dah..so cute..

Penutup acara makan2, rumah Kak Imah N Shariman pulak. Mulanya ingatkan macam selalu la...kite2 je.. rupanya siap ada khemah macam kenduri kahwin...the foods was nice.....siap tapau balik lagi...thanks kak Imah. Seperti biasa balik malam jugak la.

Tapi sayang satu gambar pun tak ambik la....

Thursday 8 October 2009

Selamat datang Orang Baru...


Dah jadi ibu and ayah dah.. Zahidah & Faizal nie. Tahniah diucapkan. Tak sabar2 Kak Zizah nak p tengok si kecil tu. This saturday Irfan n Iman sekolah. Maybe cuti Deepavali nanti boleh pergi kot. Semoga bertambah bahagialah dengan kedatangan orang baru nie...Mesti Dato Ayob and Opah siti orang paling bahagia sebab dapat cucu sulong. Adik pun mesti seronok dapat anak buah. Mesti bertambah meriah and gamat rumah kat Keramat tu.. Tahniah sekali lagi dari Kak Zizah and Abang Wan sekeluarga.

Wednesday 23 September 2009

Foto Raya 2009


Foto di pagi raya...tema silver tahun nie.



Foto bersama keluarga Pak Dak pada hari raya ke-2.
Tak sedondon coz baju raya ke dua semua kat rumah mak.
After bergambar baru balik rumah mak salin baju. Dekat je rumah. Boleh ulang alik.

Kepada semua sedara-mara dan sahabat handai Azie sekeluarga ucapkan selamat hari raya maaf Zahir dan Batin. Silalah ke rumah kami bila2 masa pun dengan syarat call dulu bukan apa...takut2 tak de kat rumah. Keluar beraya.

Friday 11 September 2009

Letto - Ruang Rindu | Blog Lirik Lagu

Letto - Ruang Rindu Blog Lirik Lagu: "Letto - Ruang Rindu
Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke hujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada
reff
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu"

Thursday 10 September 2009

Nampak anak bulan..

Hari ini dah 4 hari makchik nampak anak bulan. Last year puasa penuh coz mengandungkan Ilham...

Tuesday 8 September 2009

Wednesday 2 September 2009

Art Creative

Today aku daftar kelas Art Creative. Pegi dengar briefing, tengok tempat belajar,jumpa tenaga2 pengajar and tengok barang2 yang dihasilkan menarik. Pernah dengar tak Epal?Bukan epal buah or computer epal tapi "PUSAT LATIHAN KRAFTANGAN EPAL". Aku pun baru first time dengar. Asalnya adik ipar minta tolong hantarkan ke Epal yang terletak kat belakang Pasific. Nak pergi interview untuk kursus jahitan under belia and Kem.Sumber Manusia for 3 months...belajar free dapat duit lagi RM500 and after kursus dapat mesin jahit satu. Good for her daripada belajar di kelas jahitan sekarang yang cikgunya jarang2 masuk ...baik dia belajar di sini....sistematik sikit.

Aku mmg minat jugak line jahitan nie tapi tempat and cara pengajaran je tak sesuai. Biasa la belajar sulaman and biasa ambil terpahan pun tapi half-way. Yang ini lain sikit....mcm2 diajar and silibus dia serupa seluruh Malaysia termasuk Japan, Taiwan,Thailand and Indenesia..Hanya tunjukkan kad ahli.

Semoga kali ini aku betul2 komited. Masanya flexible, Mudah sikit utk disuaikan dengan jadual aku. Kelas dibuka from 9am-6pm bulan puasa. Kalau bulan biasa 10am - 5pm. Esok aku nak start belajar buat gelang and jam tangan kristal. Nanti bila dah siap aku updoad gambar ok!!

Tuesday 1 September 2009

Shopping sakan..

Tiga hari berturut-turut 29,30 & 31 sempena Merdeka Sales aku pun tak ketinggalan joint the crowd. Bertopeng pun bertopenglah janji pergi. During that 3 days Parkson and Pasific sales giler2. Tempat lain pun sama jugak la....lagi2 KL kan....syurga membeli-belah. Tak ketinggalan SKII product, beli RM50 dpt voucher RM10. Itu kat Pacific.(tempat aku beli la...) Next day pergi Parkson beli RM150 dpt voucher RM20 tapi yg bestnye bonuslink point dpt ganda10x kalau beli cosmetic or parfume...RUGI!RUGI!nyesal aku dah beli kat Pasific semalam.

During 3 days nie aku banyak belikan baju raya utk anak2 aku yang 4 org tu...baju melayu n baju kurung dah belikan last 2 months. Ini untuk baju raya ke-2 and seterusnya. Bila dah tengok baju budak2 ni jadi leka sehinggakan tak sedar masa...mujur juga kat Parkson tu tempat solat dia selesa and luas sikit. Kalau tak mmg terlepas waktu....then sambung balik shopping...begitulah hariku 3 hari berturut-turut...penatlah jugak.

After 3 days tibalah waktu mengira semua perbelanjaan ku during that 3 days....masa membeli tak sedar...
Kira punya kira .....hehehe..tak sampai RM3000 pun. Oklah tu...bukan selalu aku shopping sakan....carta paling atas baju2 Aisyahlah....tak boleh tahan...cantik2 sangat...nasib baik ada juga anak perempuan walaupun sorang.

Thursday 27 August 2009

Macam2 cerita...

Semalam tak jadi beli baru raya Irfan n Iman coz ada sale on 29,30 and 31 August kat Mega Mall. Daripada aku balik baik aku terus buat menicure & pedicure kat Nail art. 2 jam jugaklah from 12.30 thari - 2.30ptg.

Hari ini aku pegi saloon. Sejak lepas pantang rambut banyak gugur. Last month aku potong pendek and layered rambut aku. Mula potong cantiklah tapi bila dah panjang sikit ada kureng sikit...hari ini aku pegi iron straight...looks great tapi 5 jam tahan kepala sampai tersengguk2 juga aku dibuatnya. Cik abang lagi 2 minggu nak balik mestilah nak cantik2kan...dah lebik kurang 4 bulan ooo tak jumpa... asyik caling2 and email aje.

In the middle iron rambut Iman call kata kat rumah ular masuk. Kat kawasan aku tu mmg banyak ular. Lagi2 musin hujan. Rumah lot belakang aku pun dah berimba...start renovate half-way 3 years ago until sekarang tak siap2. Apa lagi call Izhar,adik ipar x der pula at last call my hero la..my father...hehehe..maxGiver anak aku kata...semua keje pun boleh buat... Balik tengok bangkai ular tedung...agak besar n panjang...tengoklah photo kat bawah tu....eeeee...geliii laa..



Monday 24 August 2009

Cerita pasal berbuka pulak...

Alhamdulillah...hari ini dah 3 hari kita berbuka dan 4 malam dah kita sembahyang terawikh. Seperti biasa bila Capt.Ikhwan tak der first day berbuka mestilah kat rumah my parent. Then malam ke dua baru kat rumah parent dia. Malam ke tiga baru rumah aku sendiri. Bestkan tinggal dekat2 nie. Boleh gilir2 tempat berbuka. Selalunya bila Capt Ikhwan tak der bulan puasa aku beli aje kat bazar Ramadhan. Ikut selera anak2 nak makan apa..kecian letih puasa. Bila sahur budak2 tu tak cerewet janji ada ayam goreng or telur goreng...kadang2 tu nak tukar selera diaorg makan cococrunch aje.

Kalau cik abang ada menunya lain. Capt.Ikhwan selalunya nakkan nasi untuk berbuka. Lauk kegemarannya seperti Ikan telapia masak lomak cili api, Masak lomak ketam, Siakap steam sweet sour. Awal2 lagi aku dah ke pasar cari bahan2 utk masak. Sesekali balik nak juga rasa air tangan isteri ye tak? Bukannya masakan bibik tak sedap cuma bibik selalu masak masakan yang anak2 aku suka aje seperti sup, masak kicap, udang goreng kunyit and sotong masak lemak kuning.

Esok berbuka kat kampung lagi coz esok moreh family Capt Ikhwan kat masjid. So ramailah adik beradik datang makan kat rumah. Lagilah meriah dengan anak2..sepupu...2 pupu.. Paksu Izir pun dah boleh balik rumah. Katanya nak puasa jugak.

Saturday 22 August 2009

Peristiwa Menjelang Ramadhan

Kena simpan untuk kenangan...bila rindu boleh baca lagi dan lagi..


Muka hensem Paksu sebelum accident


Kesian Paksu Izir



Baru jer bergumbira terima email from my honey banny...sempena our 10th anniversary, dapat pulak berita sedih. Paksu Izir (Adik bongsu Capt.Ikhwan) baru jer 16 thn,accident langgar lembu 1st nite terawikh. Tak sempat terawikh lagi...tok nah ajak tadarus kat rumah katanya nak tadarus kat masjid tapi nak pegi beli top-up jap...beli top-up pun bukan jauh mana 3 minit dah sampai. Kalau dikhabar kan ke Capt Ikhwan pun bukannye dia simpati....lagi pulangkan paku buah keras ada la.

Before this Izir ni sekolah Maktab Mahmood kat Alor Star asrama penuh. After dapat good result in PMR 7A nak tukar ke sekolah Al-Irshad Pokok Sena kat sini la. Tak nak dok asrama nak ulang alik so minta nak pakai motor la. Capt. Ikhwan suruh naik cupchai dia jer...tak nak. So Abah belilah motor baru entah apa brand tah..konon nak surprise la..sekali dia tak nak...tak best katanya..slow. Capt Ikhwan dah pesan dah jangan beli lain biar jer dia pakai motor tu...eemmm last2 pujuk Tok Nah(mak dia la...mak mentua aku jugak.) bising2 mulut dia pun belikan la jugak motor yg dia nak. Anak bongsukan....memang semua sayang dia pun. Aku pun sayang dia gak. He's very smart but agak playfull sikit. Memanglah cantik motor tu warna merah..sport rim tukar...lukis cantik punya.....last2 motor makan tuan.

Tadi Liza call katanya Izir nak makan fruit coktail Kak Jah and dadih...kesianlah pulak...esok pagi kenalah aku buatkan lagi. Makan masa besday irfan tak puas kot.

Friday 21 August 2009

10th Anniversary


Pejam celik pejam celik tak sedar pun rupanya dah 10 tahun aku jadi isteri orang...jadi ibu orang...hehhe 4 orang pulak tu...Alhamdulillah syukur. I'm happy with my life now. Tak nyesal pun berhenti keje opis. Aku suka title housewife nie. Adventure jugak...jadual full aje. I can be a driver...teacher...PA...FC..anything...that is why every wednesday and friday aku pegi spa utk massage,scrub..sometimes bodyrapping...itu penting tau. Kereta pun selalu kita hantar service and overhall. Lagi2 la perempuan yang dah beranak-pinak. Lagi satu treatment yang bagus pegi shopping or window shopping laa...Asyik layan anak2 tengok movie, tuisyen, swimming aje ... sometimes we need to appriciate and pamper ourselve too . Am i rite?
Walaupun hubby selalu on and off...we all tak rasa kehilangan coz he always call,email tanya khabar kami semua. My family and his family pun very supportive. Ala rumah depan and belakang jer. Maklumlah kahwin sekampung.
To my beloved husband, thanks for all these happiness you've given to me.

Thursday 20 August 2009

Keluhan hati mariners wife

Yesterday nite one of Chief Eng's wife call me. Her hubby sailling with my hubby. whenever kapal landed or anchor jer dia mesti call tanya Capt.Ikhwan dah call akak ker? Mulanya pelik jugak la...rupanya hubby dia belum call and bila dia call tak der jawapan...itu yang dia risau. Aku selalu cakap mesti dia tengah busy tu...nanti bila dah free mesti dia call.Aku pasti semua bini2 org kapal pun rasa macam tu. Mesti h/phone tak tinggal bila hari diaorg nak sampai port. Betul tak?
Lagi satu issue dia risau kalau2 ada AO perempuan kat atas kapal tu. Sekarang kan dah ada kadet perempuan...lagi la dia risau. Isteri mana yang tak risau. Kalau niat diorg betul keluar utk cari rezeki yang halal utk anak n isteri. InsyaAllah takder apa2 yang tak elok berlaku. Kita sebagai isteri mesti berbaik sangka dengan suami...perbaiki dan cantikkan diri kita luar dan dalam. Bila dia call jauh2 janganlah tanya yang bukan2 or buat dia susah hati...biar dia keje dengan lapang dada.
Kalau dia layan kita and anak2 seperti biasa, jangan risaukan benda yang bukan2...takut kita yang jatuh sakit. Sakit hati... sedangkan suami kita kat sana ok jer. Kalau kita dah buat sehabis baik dan benda yang kita tak nak tu terjadi juga....haaa masa tu baru boleh fikir...fikir bagaimana nak hadapi problem tu....

Besday Irfan













































Semalam 18/8/2009 besday Irfan yang ke-9. Selalunya bila abah tak der we all tak celebrate sangat. Just buat makan2 sikit and ajak family terdekat aje. Tak buat pun kecian juga coz everytime dia bangun tidur asyik downdown to his birth date aje...

Monday 17 August 2009


Ramai yang nak tengok baby Ilham...aku jarang bawa dia jalan2. Dia org kata putera lilin. Hehehe...tapi sebenarnya risau juga pasal H1N1..sebab tu la Ilham kena tinggal dengan bibik aje bila kitaorg keluar...so untuk tak menghampakan korang semua...kat fb n flickr tak der tau. Cuma kat blog nie je...

Sunday 16 August 2009

Cloth diapers(cd) vs disposable diapers(dd)

Last week aku tengok pasal cd kat Wanita Hari Ini. Tertariklah jugak. Not like our cd yang mak kite pakai dolu2. It's so cute & colourful. Why not I just give it a try...jimat and selamat. Just now I just order on-line 2 cds for a start. We'll see. Try guna kat rumah dulu.

Friday 14 August 2009

Minggu sakit-sakit

Sebelum H1N1 menular, habis satu family kena sakit mata. Startnya dengan Iman bawa balik from school. Then bibik pulak tertusuk tulang ikan. Dah bawa pi klinik ingatkan oklah rupanya benda lain pulak jadi. Habis satu badan Bibik Ros bengkak2. Pergi balik klinik tu.. rupanya alegy antibiotic. Sekarang nie dah period pulak katanya dah dua minggu non-stop. Dia salahkan antibiotic tu lagi la...bibik o bibik bulan nie asyik pi ambik ubat bibik jer la...agaknya tu simtom2 bibik nak menopos kot. Kalu camnie terus alamat tak sambung lagi la permit keje ye...

Monday 10 August 2009

Hujung minggu yang sibuk

This weekend penuh aktiviti bermula dari:

SABTU
08.00 pagi - Hantar airfan ke kelas tuisyen
08.30 pagi - Gotong - royong di Sekolah Islah. Aku kena cuci asrama E(asrama banat). Takderlah penat sangat sebab dibantu oleh adik2 banat SMART. Waris tak ramai sangat. Maybe becoz hujan kod pagi nie.
11.30 pagi - Ambil Ifran dari kelas tuisyen
12.00 thg - Makan tengahari di Sekolah Islah
02.00 ptg - Mandi/Rehat
04.00 ptg - Jamuan di Alam Maya Spa. Mesti datang kalau tak, tak boleh beli coupon massage and lulur.
06.00 ptg - Balik rumah.

AHAD
08.00 pagi - Irfan n Iman kelab bola sepak
Hari in ada sukaneka Bandar Putra Bertam. Pagi tak ramai sangat. Maybe because semalam hujan padang pun basah. Lagi pun mungkin ada yang balik kampung.
10.00 pagi - Pegi dewan Mellenium. Ada Karnival Zakat. Ke gerai Upin & Ipin. Anak2 aku beli note book, pen, book mark, lencana, patung upin, bergambar...
12.00 thg - Balik kampung
- Makan tengahari kat rumah tok yah. Lela masak nasi beriani Ayam.
04.00 ptg - Balik semula ke karnival sukan Bandar Putra Bertam. Meriah. Ramai org. Barulah
best sikit nak joint. Irfan, Iman masuk tiub belon and bola beracun. Aisyah pula masuk tiub belon and kutip gula2. Ada Bas Perpustakaan bergerak, booth JPJ, Anti Dadah, Celcom....air vico free.
05.30 ptg - Balik mandi la dah sehari berjalan...badan pun dah berbau peluh, lekit...

Wednesday 22 July 2009

gmail

Tonight bcoz susah sangat nak log in Google blog aku from yahoo, i have to open a new email so call gmail. So this is my new blog. I have to re create it..