My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Thursday 22 November 2012

Sambutan Maulidur Rasul Di KampungKu

5 February 2012 (Ahad)

Catatan untuk kenanganku - Sambutan Maudidur Rasul yang lalu.
Bila aku tengok balik gambar2 disekitar majlis itu terasa ingin mengabadikannya didalam blogku ini. Suasana yang sangat meriah dengan kanak2 menggayakan baju berwarna-warni....berarak keliling kampung dengan bernyanyi,bersolawat beramai-ramai. Golongan dewasa pula bergotong- royong memasak di masjid dan makan nasi Talam yang sangat sedap. Hanya terdapat di kampungku sahaja rasanya makan nasi dalam talam nie..

Khariah Kampung Permatang Kuang memang kuat lagi dengan gotong-royong atau rewang2 semasa kenduri kendara.

Antara gambar2 yang sempat terakam oleh lensa kamera Izhar.

Kanak2  gembira berarak keling kampung sambil bersolawat
Selesai berarak kanak2 diberi makanan ringan
sementara menunggu makan tengahari

Nasi Talam memang terkenal
 di kampung kami bila ada kenduri kendara .

Suasana macam hari raya aje bagi keluarga Haji Ishak..
Kebetulan hari Ahad dan cucu2  pakat balik kampung.
Putera Rayyan yang paling kecil pun ikut berarak sakan.
Pakcik Izhar dan Makcik Liza bersama anak2 buah.
Antara cucu2 Hj.Ishak yang bersemangat berarak keling kampung.
Iman,Irfan,Aisyah,Sarah,Yan,Qiqi dan Boboi.

Wednesday 21 November 2012

Ahli Keluarga baru...


Sebenarnya dah lebih 4 bulan pun kitaorg terima ahli baru. Pada 7.7.2012(Sabtu) 7 pagi, dengan berat 2.57kg di KPJ Specialist Hospital Bandar Perda. Due date sebenarnya 3/8/2012 tetapi baby dah tak sabar nak jumpa ibu dia kot. Nak Flash back balik la nie...Siangnya tu akak pergi sekolah Irfan,Iman n Aisyah nak ambik result exam..kelas Aisyah ngan Iman oklah kat GF jer...TAPI..kelas Abang Irfan tingkat 3 nun...mak aiii....jenuh akak menapak satu..satuu...kejap2 berhenti sebab x larat...guru kelas Aisyah cikgu Sofia tanya bila due tuuu...akak cakap la...next month..tapi rasa mcm nak terberanak dah panjat kelas Abang Irfan tinggi sangat...

Malam tu dalam pukul 12 lebih x leh tido rasa lain macam jer..sekejap sakit skit2 kat ari2 nie...dlm hati kata nie mesti hari nie jalan banyak kot..pas tu kol 2 lebih masih lagi rasa sakit skit2...terfikir jugak tak kan kot sakit nak bersalin kot coz duenya lambat lagi....next month...tapi dari gaya2 tu mcm contraction jer..jejap2 sakit....then hilang...then datang balik...TakLehJadi nie....call hubby(coz dia kat FSU Melaka) kebetulan kol 2.30pagi dia pun tak tido lagi....dia kata apa2 pun kena pegi Hospital..apa lagi akak pun call my MIL, call ayah akak...dipendekkan citer...sampai la di KPJ kol 4pg.

Terus masuk Labour Room...sementara tunggu Dr. Fauziah datang ada la kot setengah jam...boleh lagi sembang2 dengan misi/nurse tu..Oh ya masa misi suruh salin baju baru nampak ada sedikit cecair merah kat underware..maknanya dah turun tanda la tuu...Bila Doktor sampai ja terus check bawah rupanya dah bukak 4cm...kata doktor tak lama dah tu..pagi bersalin la nie...Aku pun memang berdoa cepat keluar pun..semoga dipermudahkan segala urusan...Almaklumlah ini kali pertama aku bersalin tanpa suami disisi...huhuhu...sedih.. 4 org anak sebelum nie semua dia ada kat sebelah.

Nak dijadikan cerita hubbyku sebenarnya 8/7/2012 dia balik bercuti tetapi oleh kerana baby dah tak boleh tunggu walau pun sehari lagi...abahnya balik jugak 7/7/2012 early flight...Thanks to Capt.Shanker yang back to back dgn hubbyky...nampaknya berselisih flightlah mereka...

Ini kisah baby pulak..alhamdulillah sakit betul2 tak lama...dia nak tunggu angka 7 jugak...maybe sebab nak ambik berkat ibu dia keliling kaabah 7 kali, ulang -alik safa-marwah 7 kali dan segala-galanya pun 7 kali masa mengerjakan haji tahun lepas kot. (Sebenarnya ini baby Mekah ;)  )
Masa first time tengok muka baby memang perasan muka baby agak gelap coz banyak jeragat(bintik merah). bila tanya Doktor dia kata biasa ja tu nanti hilang coz kepala baby lama kat bawah masa mengandung kot... Risau gak kalau tak hilang..

Asyik bercerita pasal baby... tuan yang ampunya diri punya photo belum juga menjelma...jeng..jeng..jeng..
Sekarang kita Perkenalkan PUTERA KE-5ku Yang diberi nama
 MUHAMMAD IKHLAS AFIF BIN MOHAMAD IKHWAN

first day
Jeragat banyak betul kat muka baby..
Hari ke-5 luruh pusat
Hari ke -7 Cukur Rambut
Lepas cukur rambut..Abah bagi nama..
Muhammad Ikhlas Afif

Hari ke-45
Ikhlas first time pijak tanah
Ikhlas
Usia sebulan
Ikhlas
Usia 2 bulan

Ikhlas
usia 3 bulan

Friday 18 May 2012

Panggilan Haji 1432H/2011

Actually post nie dah lama sangat  dalamdraft list...konon2 nak sambung citer lagi...tapi post je la dulu...


5 Oktober 2011
Tarikh yang ditunggu2 pun tiba juga. Berdebar2 rasanya bila dah dipanggil untuk menjadi tetamu Allah swt. Bersediakan aku?,ingatkah aku akan apa yang dijar oleh ustaz2 akan bab2 haji..semasa kursus intensif & kursus perdana? bolehkah aku mengharungi 48 hari tanpa anak2? Bermacam-macam yang difikirkan. Bolehkah nanti bibik2 aja yang menjaga budak2 tu.. Bibik Ani sibuk nak jaga kedai, Bibik Khoti pulak baru datang 2 minggu , anak2 serasi ke tak dgn dia....tak menyusahkan kah Paklang An dengan MakLang Alisnya yang nak kena berulang-alik tiap2 hari ke kampung tengokkan budak2 tu....Akhirnya aku bertawakal saja kepada Allah swt. Aku yakin kalau Dia dah menjemput aku ke sana, tentu Dia yang akan menjaga apa yang aku tinggalkan disini...InsyaAllah.

KT19 bertolak dari Penang Airport terus ke Madinah. KT 19 adalah flight pertama dari Penang, maka sambutannya special skit, diiringi oleh Gabenor Pulau pinang dan isteri, Mufti Pulau pinang...para wartawan....Dari Kompleks Haji ke Penang Airport, kami dengan 12 biji bas semuanya diiringi oleh kereta polis peronda dihadapan dan belakang...dan disepanjang jalan, orang2 kampung berdekatan keluar menunggu ditepi jalan melambai-lambai kami untuk mengucapkan selamat tinggal....Sampai di airport (pintu bekang) kapal terbang yang disewa khas oleh Tabung Haji sudah menunggu....kami terus dibawa kapal terbang...terasa sangat special hari tu dengan sambutan yang diberi oleh semua pihak....Terima Kasih diucapkan...Flight take-off from Penang @ 4.30pm....

Madinah
Ziarah Dalam

Diperkarangan Masjid Nabi sewaktu selepas subuh..
Payung2 masih ditutup...

pabila dibuka payung2 besar lain pula pemandangannya...
Beriktikaf didalam masjid sementara menunggu masuk waktu sembahyang...
Makcik Manis,Tok Nah dan aku...
Makcik Manis, Tok Nah dan Ilah
 didepan antara puluhan pintu2 masuk ke masjid...

Pintu babu salam (lelaki aja boleh masuk pintu nie)...terus menuju ke Raudhah..
Ziarah Wada'....Subuh terakhir di Masjid Nabi, kami hanya  dinasihatkan menyucapkan selamat tinggal
kepada Rasulullah  di luar masjid dan berhadapan kubah hijau (dibawah kubah hijau itu Rasulullah disemadikan).
Sungguh sedih dan sebak dikala hendak menyucapkan selamat tinggal kepada Rasullullah.

Sampai di Madinah 5 Okt. pukul 8.30malam waktu tempatan. Waktu di malaysia 1.30pagi 6 Okt. Kami terus dibawa ke Hotel Fal Amjad, lebih kurang 300m dengan Masjid Nabawi/Masjid Nabi. Dari bilik hotel lagi dah ternampak masjid nabi terang benderang tersergam indah memanggil2 kami  untuk ke sana..bermula dari Subuh pertama,....begitulah tiap2 hari rutin kami setiap waktu bersolat di masjid nabi selama lebih kurang 9 hari. Alhamdulillah aku sempat bersembahyang 41 waktu dimasjid nabi dan berkesempatan masuk ke Raudhah sekali....walaupun sekali aku bersyukur sangat dapat masuk pada hari pertama selepas sembahyang subuh dengan Tok Nah(MIL), Ilah dan Makcik Manis (teman sebilik). Untuk masuk ke Raudhah bagi perempuan agak susah, cuma dua pintu dibuka (yg aku ingat pintu 25) dan ada masa2 yg telah ditetapkan. pada musim haji lagilah adventure...mcm nak pergi perang...hehhehe....semua org nak masuk taman syurga ye tak? Dapat berdoa pun sudah memadai..sekarang makam nabi utk tempat ziarah perempuan dah tak nampak cuma makam salah seorang sahabat nabi aja yg nampak.

Madianah (Sabtu 9 Okt.)
Ziarah Luar
Masjid Khuba'....
Sesiapa yang mengambil wuduk dari rumahnya lalu pergi bersembahyang sunat ke Masjid ini,
 seperti dia melakukan satu kali umrah.

Berehat sambil minum teh kurma di Ladang Kurma..

Pakaian rasmi kat sini...jubah dan telekong mini..
Bukit Uhud di mana perang Uhud berlaku di Zaman Rasulullah..
Melawat tempat cetak Al-Quran


Di Pasar Kurma
Tak banyak tempat yang dapat kami melawat dimadinah kerana kesuntukan masa.


 Hari ke-9 lepas subuh kami bertolak ke Makkah dengan menaiki bas. 2 kali berhenti untuk makan tengahari dan sembahyang jamak zohor/Asar. Sampai di di Hotel Lu'luat at Tawhid dah nak masuk Asar.(3 lebih dah asar).

First day @ Makkah, Di Luar Masjidil haram... sungguh teruja untuk melihat  Kaabah
for the first time.

Lagi gambar di depan Masjidil Haram.
Pertama kali tengok binaannya tak macam sebuah masjid yang selalu kita lihat,
terletak  ditengah2 bandar yang sibuk dan tidak pernah tidor.
Sangat berlainan dengan Masjid Nabawi.

Baru selesai buat umrah wajib (Haji Tamattu') lebih kurang pukul 2pagi.
Alang2 aja nak balik hotel....kalau balik...alamat subuh kat surau aja la...
 Akhirnya Aku,Irda ,Tok Nah dan Izhar  beriktikaf didataran Kaabah..
Pagi yang paling indah  dan sayu dihadapan Kaabah.

Hari2 seterusnya tiada lagi dapat bersantai di dataran Kaabah kerana sentiasa dipenuhi  umat manusia
 dari segenap pelusuk dunia.

Di antara Penjuru Hajarul Aswad dan pintu Kaabah ialah Multazam.
Tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.
Maqam Ibrahim juga kelihatan di sini.
 Juga antara tempat mustajab untuk berdoa.

Lagi tempat mustajab untuk berdoa...
Dlm Hijir Ismail dan di bawah Pancur Emas


Melihat Kaabah dari atas..
Berlatar belakang Menara Jam besar



Ziarah Mekah


Ziarah Mekkah...sekejap aja..dari pukul 6pg hingga 12 tengahari..

Akan bersambung lagi...

Tuesday 14 February 2012

My short visit in Singapore

3 February 2012

Seawal 6.30pm dah keluar rumah,takut tersangkut dalam kesesakan di jalanraya dan di Penang Bridge. Flight sebenarnya kol 9.10pm. Sebab dah pernah kena tinggal flight sebelum nie...itu yg selalu keluar awal kalau naik air asia....10.30pm sampai S'pore airport...buah hati dah tunggu. Kami amik taxi ke Studio M Hotel.




4 Febuari 2012 (Sabtu)

Hari nie Wan keje half-day...bolehlah ajak dia jalan2 tengok keliling...

Marina Sand - Singapore dah get ready nak naik kapal kalau jadi Tsunami..


Jalan2 di town dia tengok sambutan tahun Naga Air..

Jalan2 pusing Marina Bay dengan Bumble Bee Water Taxi..

Ini pula Singapore Flyer..Eye of Singapore..boleh nampak keseluruhan Marina Bay..
Satu pusingan 40 minit..boleh enjoy nice scenery up- here...


Kebetulan malam tu ada Pesta Chingge 2012

5 Febuari 2012(Ahad)

Semalam balik lewat..pagi nie keluar lewat skit...cik abang nak bawa pegi Sentosa..Masuk pukul 2 petang. Kami ambil afternoon tour. Oleh kerana x bawa anak2..kami pilih cable car dan tengok movie aje..teringat masa bercinta dulu pulak....hehehe....(x ingat rupanya anak dah nak masuk lima..).






Enjoy sungguh, masa terasa kejap jer...
betullah kata orang kalau nak datang Sentosa kena ambik package 2 hari....
Masa datang dengan anak2 dulu dah pegi USS...so save timelah skit x yah ke sana...

6 Febuari 2012 (Isnin)

Hari terakhir aku kat sini...layan tv kat bilik aje sementara tunggu cik abang balik kerja..rindu sangat makanan kat M'sia coz makanan kat sini tak kena ngan selera aku...rasanya makan maggie lagi sedap.


Breakfast setiap pagi...tak banyak choice..

Dari kiri: Sup Tulang,Mee goreng,sup kambing,mee siam
antara semua yang diatas...sup tulang la sedap skit...




Pusing marina dengan kapal pelancong...40 minit pergi balik...
sempatlah snap gambar2 yang menarik dan record video cam.
Bandar dan sungai dia memang bersih la kalau nak dibanding dengan kat M'sia.