My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Friday 18 May 2012

Panggilan Haji 1432H/2011

Actually post nie dah lama sangat  dalamdraft list...konon2 nak sambung citer lagi...tapi post je la dulu...


5 Oktober 2011
Tarikh yang ditunggu2 pun tiba juga. Berdebar2 rasanya bila dah dipanggil untuk menjadi tetamu Allah swt. Bersediakan aku?,ingatkah aku akan apa yang dijar oleh ustaz2 akan bab2 haji..semasa kursus intensif & kursus perdana? bolehkah aku mengharungi 48 hari tanpa anak2? Bermacam-macam yang difikirkan. Bolehkah nanti bibik2 aja yang menjaga budak2 tu.. Bibik Ani sibuk nak jaga kedai, Bibik Khoti pulak baru datang 2 minggu , anak2 serasi ke tak dgn dia....tak menyusahkan kah Paklang An dengan MakLang Alisnya yang nak kena berulang-alik tiap2 hari ke kampung tengokkan budak2 tu....Akhirnya aku bertawakal saja kepada Allah swt. Aku yakin kalau Dia dah menjemput aku ke sana, tentu Dia yang akan menjaga apa yang aku tinggalkan disini...InsyaAllah.

KT19 bertolak dari Penang Airport terus ke Madinah. KT 19 adalah flight pertama dari Penang, maka sambutannya special skit, diiringi oleh Gabenor Pulau pinang dan isteri, Mufti Pulau pinang...para wartawan....Dari Kompleks Haji ke Penang Airport, kami dengan 12 biji bas semuanya diiringi oleh kereta polis peronda dihadapan dan belakang...dan disepanjang jalan, orang2 kampung berdekatan keluar menunggu ditepi jalan melambai-lambai kami untuk mengucapkan selamat tinggal....Sampai di airport (pintu bekang) kapal terbang yang disewa khas oleh Tabung Haji sudah menunggu....kami terus dibawa kapal terbang...terasa sangat special hari tu dengan sambutan yang diberi oleh semua pihak....Terima Kasih diucapkan...Flight take-off from Penang @ 4.30pm....

Madinah
Ziarah Dalam

Diperkarangan Masjid Nabi sewaktu selepas subuh..
Payung2 masih ditutup...

pabila dibuka payung2 besar lain pula pemandangannya...
Beriktikaf didalam masjid sementara menunggu masuk waktu sembahyang...
Makcik Manis,Tok Nah dan aku...
Makcik Manis, Tok Nah dan Ilah
 didepan antara puluhan pintu2 masuk ke masjid...

Pintu babu salam (lelaki aja boleh masuk pintu nie)...terus menuju ke Raudhah..
Ziarah Wada'....Subuh terakhir di Masjid Nabi, kami hanya  dinasihatkan menyucapkan selamat tinggal
kepada Rasulullah  di luar masjid dan berhadapan kubah hijau (dibawah kubah hijau itu Rasulullah disemadikan).
Sungguh sedih dan sebak dikala hendak menyucapkan selamat tinggal kepada Rasullullah.

Sampai di Madinah 5 Okt. pukul 8.30malam waktu tempatan. Waktu di malaysia 1.30pagi 6 Okt. Kami terus dibawa ke Hotel Fal Amjad, lebih kurang 300m dengan Masjid Nabawi/Masjid Nabi. Dari bilik hotel lagi dah ternampak masjid nabi terang benderang tersergam indah memanggil2 kami  untuk ke sana..bermula dari Subuh pertama,....begitulah tiap2 hari rutin kami setiap waktu bersolat di masjid nabi selama lebih kurang 9 hari. Alhamdulillah aku sempat bersembahyang 41 waktu dimasjid nabi dan berkesempatan masuk ke Raudhah sekali....walaupun sekali aku bersyukur sangat dapat masuk pada hari pertama selepas sembahyang subuh dengan Tok Nah(MIL), Ilah dan Makcik Manis (teman sebilik). Untuk masuk ke Raudhah bagi perempuan agak susah, cuma dua pintu dibuka (yg aku ingat pintu 25) dan ada masa2 yg telah ditetapkan. pada musim haji lagilah adventure...mcm nak pergi perang...hehhehe....semua org nak masuk taman syurga ye tak? Dapat berdoa pun sudah memadai..sekarang makam nabi utk tempat ziarah perempuan dah tak nampak cuma makam salah seorang sahabat nabi aja yg nampak.

Madianah (Sabtu 9 Okt.)
Ziarah Luar
Masjid Khuba'....
Sesiapa yang mengambil wuduk dari rumahnya lalu pergi bersembahyang sunat ke Masjid ini,
 seperti dia melakukan satu kali umrah.

Berehat sambil minum teh kurma di Ladang Kurma..

Pakaian rasmi kat sini...jubah dan telekong mini..
Bukit Uhud di mana perang Uhud berlaku di Zaman Rasulullah..
Melawat tempat cetak Al-Quran


Di Pasar Kurma
Tak banyak tempat yang dapat kami melawat dimadinah kerana kesuntukan masa.


 Hari ke-9 lepas subuh kami bertolak ke Makkah dengan menaiki bas. 2 kali berhenti untuk makan tengahari dan sembahyang jamak zohor/Asar. Sampai di di Hotel Lu'luat at Tawhid dah nak masuk Asar.(3 lebih dah asar).

First day @ Makkah, Di Luar Masjidil haram... sungguh teruja untuk melihat  Kaabah
for the first time.

Lagi gambar di depan Masjidil Haram.
Pertama kali tengok binaannya tak macam sebuah masjid yang selalu kita lihat,
terletak  ditengah2 bandar yang sibuk dan tidak pernah tidor.
Sangat berlainan dengan Masjid Nabawi.

Baru selesai buat umrah wajib (Haji Tamattu') lebih kurang pukul 2pagi.
Alang2 aja nak balik hotel....kalau balik...alamat subuh kat surau aja la...
 Akhirnya Aku,Irda ,Tok Nah dan Izhar  beriktikaf didataran Kaabah..
Pagi yang paling indah  dan sayu dihadapan Kaabah.

Hari2 seterusnya tiada lagi dapat bersantai di dataran Kaabah kerana sentiasa dipenuhi  umat manusia
 dari segenap pelusuk dunia.

Di antara Penjuru Hajarul Aswad dan pintu Kaabah ialah Multazam.
Tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.
Maqam Ibrahim juga kelihatan di sini.
 Juga antara tempat mustajab untuk berdoa.

Lagi tempat mustajab untuk berdoa...
Dlm Hijir Ismail dan di bawah Pancur Emas


Melihat Kaabah dari atas..
Berlatar belakang Menara Jam besar



Ziarah Mekah


Ziarah Mekkah...sekejap aja..dari pukul 6pg hingga 12 tengahari..

Akan bersambung lagi...