My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Friday 25 March 2011

Tahniah Paksu Izir...

Tiap2 kejayaan seharusnya diraikan bersama keluarga. Itulah kebiasaan keluarga kami ....sambut besday ke,sambut baby baru ke, dapat rezeki lebih atau apa2 jer lah yang terasa nak disharekan bersama keluarga.

Kali ini kami semua happy dan bangga sangat dengan adik bongsu kesayangan keluarga nie...9A's 2B's in SPM. Mohamad Izir bin Ishak nama adik ipar ku ini. Bulan Jun nie akan mendaftar sebagai salah seorang Kadet Deck di Alam. Seorang lagi anggota keluarga yang akan mengikut jejak abangnya (Capt. Mohamad Ikhwan Ishak).

Aku doakan semoga kejayaan akan selalu bersamanya. Aku bangga mempunyai seorang adik ipar yang baik budi, hormatkan ibu bapa dan ipar duai...walaupun sekarang nie payah nak jumpa anak2 remaja yg hormatkan org tua.

InsyaAllah 15 Mei ini adikku ini akan pergi menunaikan umrah kerana itulah hajat abah sebelum dia mula  masuk Alam. (Kali pertama pergi masa umur 6 thn rasanya....belum faham apa2 lagi..). InsyaAllah suamiku juga akan ikut serta. Niat dihati aku nak ikut juga..tapi siapalah  yang sanggup nak jaga si Ilham tuuu....semoga masa nak pegi haji hujung tahun nanti Ilham dah mau duduk kat rumah Makcik dia...

 Paksu bersama Irfan sempat berposing sebelum menikmati makanan yg enaq dan lazat semuanya...

Kejayaan diraikan bersama keluarga...

My favourite Tomyam Kelapa...sooooo yummmmyyy!!!

Israk Rayyan pun tak nak ketinggalan juga walaupun 
hanya telan ayaq liouq tengok kami makan...
Aiikkk!!! tayang dua kali tomyam kelapa
itu maknanya memang betul2 sedapp...
sapa2 yg teringin jom p Restoran Sara kat Tikam Batu...

Wednesday 23 March 2011

Menu Lunch and Dinner hari nie..

Kalau hari2 makan mcm nie....boleh kembang akak jadinya. Entah2 cik abang balik dah tak kenal bini dia.
Lepas penat mengemas rumah pagi tadi call Tok Yah(ibu akak)...Dia kata dia masak Gulai Mentaghang (mmg peberet akak). Dah tu ada pulak kupang goreng kunyit katanya.. Kupang akak tak biasa makan lagi. rupa isi dia lebih besar dari kerang. Rasanya pun manis....sedapp.

Dinner pulak tapau dari Restoran Impiana. Lepas antar irfan and iman ke tuisyen...akak dgn aisyah singgah beli . Aisyah pesan chicken chop jer...akak order nasi putih dengan sup ekor dan kerabu mangga...kat rumah ada daging masak kicap...kira dah lepaslah dinner malam niee...

Saturday 19 March 2011

Bila berpeluang Jalan2 bersama abah...Sunway Lagoon pulak!!

Kami sekeluarga jarang2 pergi bercuti bila abah gie belayar...tapi bila abah ada kat darat...hari2 pun bercuti...hehehehe. Masa nie lah anak2 nak ajak ke sana-sini. Ibu pun bolehlah "hand-over" anak2 kat abah utk melayannya. Masa nie cakap ibu dah tak layan....semua pun abah..ibu tengokkan jer...

Masa abah balik hari tu sempatlah kami pergi ke beberapa tempat seperti KL,iCT,Sunway Lagoon dan Medan.

20-23 September 2010
Sunway Lagoon here we comeeee....




Sunway Lagoon...tempat terbaik utk seisi keluarga....

Ilham tak puas tengok melalui cermin,
nak panjat pagar jugak,,

20-25 Disember 2010
Jom Jalan2 ke Medan pulak...

Ibu dgn Ilham sedang menikmati keindahan Tasik Danau Toba..

Destinasi pertama ke Masjid Raya
yang berdekatan dengan Hotel tempat kami tinggal....Hotel Madani

Bermain pasir di Lake Toba...


Book ferry ke Samosir Island..
Sebuah Pulau yg sangat indah dan damai...

Dah sampai pun ke Samosir Island...
Pergi bergambar ajer...
Tak brani masuk ke perkampungan Batak...
Ilham yang tak lepas dari kendong kain Bibik Ros...

Aktiviti berkuda di Brastagi...


Selepas 5 hari pusing2 Medan, Dah nak balik pun...
sempatlah beli telekung , t-shirt, sweater Brastagi,
dan beberapa sourvenir utk dibawa pulang....
Selamat Tinggal Medan...
InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi...

Thursday 17 March 2011

Bila isteri2 org kapal berjumpa.....

6 March 2011

Bermulanya di FB, dialamaya...janji temu diatur, perjumpaan pertama kami di TESCO Sungai Petani. Maka bermulalah episod kenal mengenal mengeratkan tali silatulrahim antara geng isteri orang laut...oppp ada juga seaferer yang datang...nani. Baru jer kenal...akak proud of u dik. Selamat berkenalan juga untuk Diha, Maiza, Ira,Elya,Muna dan Aznor..Miza ngan Lia akak dah kenal,bila dapat jumpa lagi terasa seronok sangat.



11 March 2011


Pertemuan kedua diatur iaitu di rumah sue@ Laguna Merbuk. Time kasih sue kerana sudi mengajak kami datang bertandang ke sana.Kat sana lagi ramai yg kami dapat kenal. Ada sorang lagi yg akak tak dapat jumpa iaitu Rafidah...kataya keesokan harinya baru dia akan pegi ke rumah sue. Tak pa nanti kita jumpa jugak kan kat PD.



14 & 15 March 2011
Grand Gathering isteri2 org kapal
How to describe ahh about this gathering? Hehehehehe...RUGI oooo sapa yang tak pppp....best sangat, santai,kecoh,penat semua ada dengan gelagat anak masing2. Akak pun dari Utara nun sanggup turun nun ke selatan untuk berjumpa kawan2 yg sealiran dengan lebih dekat lagi. Semoga ikatan yg terjalin akan kekal sampai bila-bila. Terima kasih banyak2 kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan ini. Tanpa kalian kita semua tak berjumpa di PD.....sekali lagi akak ucapkan tq...tq..


Haaa...layanlah photo2 yang sempat diupload nih...
Next time kita pakat2 mai buat di utara pulak noo...
2 hari yang penuh dengan sweet memori bersama kawan2.
Thank you so much for the unforgettable memories friends!!

Dah lama tak jengah blog kite...

Dah 7 bulan rupanya tak jengah blog nih...blog kawan2 apa tah lagi....rindu rasanya..balik dari Grand Gathering Geng Kapal hari tu rasa teringin nak update blog dengan photo2 terbaru yang termiss akak nak uploadkan..banyak jugak sebenarnye...nantilah bila Ilham tido, akak upload pelan2...