My family hang-out..

My family hang-out..
Our Moment togather.....

Friday 12 March 2010

Jom Pegi Cuti2 Satu M'sia....Cameron Highland & Zoo Taiping

Cameron Highland, Zoo Taiping here we come!!


Pada hari minggu (6 ,7 Mac 2010) yang lalu kami sekeluarga melarikan diri dari kepanasan yang melampau ke Cameron Highland. Walaupun taklah sesejuk mana tapi oklah dari bahang kat bawah nie... Bertolak jam 9.30pagi...sampai dalam pukul 1 tengahari. Mr.Ting tuan punya Bungalow dah tunggu. Tak sabar nak tengok suite kami...
Inilah Suite kami...luas dah selesa. Kami pergi berenam aje...so ada lagi 4 katilkosong. Kalau tau luas camnie..mesti dah ajak Tok Nah,Tok Yah,Tok Wan Chop dan Tok Ayah. Sampai2 aje Bos nak rehat/tido petang sikit baru nak jalan2. Irfan n Iman main caroom(betul ke eja camnie?). Kat sini dari 10 permainan boleh pinjam 2...so Iman pinjam la Saidina n Caroom. Bibik n Ilham pun tido..Aku ngan Aisyah layan Astro.
Nyaman sungguh kawasan keliling bungalow nie. Tengoklah tu...Ilham ngan bibik pun tak mau ketinggalan menikmatinya.
Petang sikit...turun bawah Tanah Rata cari makan.Sambil2 menunggu makanan tu cuci mata...kemudian singgah kat Pasar Malam Brinchang. Beli makanan aje la yang banyak...kat sini asyik makan jagung manis and jeruk jambu epal...sedaplah...
Bila malam tiba...kami  lepak kat belakang Bungalow sambil menikmati suasana bukit, angin yg sepoi2 bahasa..abah dengan ibu boleh berasmaradana mengimbau kenangan lama...tapi buat irfan n Iman kena ulangkaji sebab hari isnin nak exam...kalau tak der exam bolehlah extend satu malam lagi.
Sebelum balik mesti la beli sayur-sayuran sikit buat buah tangan untuk org yang tak ikut. Seperti biasa kami singgah kat Kia Farm ....borong sekali harung satu tempat aje. Macam2 sayur daun dan sayur buah yang bibeli. Kalau nak makan sorang tak larat...Peti Ais besar pun tak muat nie..
Lepas membeli belah...kita singgah minum Teh dulu. Tengok tu Si Ilham...bukan main sukanye dia...

 

Mulanya nak pegi Ladang Boh tapi cik abe kate jauh sikit...so kami singgah aje kat Bharat Tea Plantation. Ini acara mesti...ambil gambar kat ladang teh...banyak juga yang diambil...Layannn..

Ini cerita di Cameron Highland.....
-----
----
-----
Tak habis kat situ lagi percutian kami. Anak2 ajak singgah Zoo taiping pulak. Kebetualan member Wan baru buka Zoo Bistro kat sana...Dulu Chef kat kapal. Sambil2 singgah makan kat situ..sementara tuan Kapitan berborak sakan dengan menber yang lama tak jumpa...kami anak beranak masuk zoo....tapi naik keretapi aje la...nak jalan2 tak larat lagi dah... so layanlah gambar yang sempat diambil di Zoo Taiping niee...

Cuti sekolah nie cadang2 tu nak pegi Kuala Gandah....Jomla pi sekali....cuti2 satu M'sia.

2 comments:

  1. uishh.. bestnya cuti2 m'sia. romantiknya capt dgn kak zie ye..

    ReplyDelete
  2. Lia...
    bila lagi time capt ada la kitaorg nak jalan2...tapi hari nie dah fly to bintulu balik dah...

    ReplyDelete