Tarikh yang ditunggu2 pun tiba juga. Berdebar2 rasanya bila dah dipanggil untuk menjadi tetamu Allah swt. Bersediakan aku?,ingatkah aku akan apa yang dijar oleh ustaz2 akan bab2 haji..semasa kursus intensif & kursus perdana? bolehkah aku mengharungi 48 hari tanpa anak2? Bermacam-macam yang difikirkan. Bolehkah nanti bibik2 aja yang menjaga budak2 tu.. Bibik Ani sibuk nak jaga kedai, Bibik Khoti pulak baru datang 2 minggu , anak2 serasi ke tak dgn dia....tak menyusahkan kah Paklang An dengan MakLang Alisnya yang nak kena berulang-alik tiap2 hari ke kampung tengokkan budak2 tu....Akhirnya aku bertawakal saja kepada Allah swt. Aku yakin kalau Dia dah menjemput aku ke sana, tentu Dia yang akan menjaga apa yang aku tinggalkan disini...InsyaAllah.
KT19 bertolak dari Penang Airport terus ke Madinah. KT 19 adalah flight pertama dari Penang, maka sambutannya special skit, diiringi oleh Gabenor Pulau pinang dan isteri, Mufti Pulau pinang...para wartawan....Dari Kompleks Haji ke Penang Airport, kami dengan 12 biji bas semuanya diiringi oleh kereta polis peronda dihadapan dan belakang...dan disepanjang jalan, orang2 kampung berdekatan keluar menunggu ditepi jalan melambai-lambai kami untuk mengucapkan selamat tinggal....Sampai di airport (pintu bekang) kapal terbang yang disewa khas oleh Tabung Haji sudah menunggu....kami terus dibawa kapal terbang...terasa sangat special hari tu dengan sambutan yang diberi oleh semua pihak....Terima Kasih diucapkan...Flight take-off from Penang @ 4.30pm....
Madinah
Ziarah Dalam
Diperkarangan Masjid Nabi sewaktu selepas subuh.. Payung2 masih ditutup... |
pabila dibuka payung2 besar lain pula pemandangannya... |
Beriktikaf didalam masjid sementara menunggu masuk waktu sembahyang... |
Makcik Manis,Tok Nah dan aku... |
Makcik Manis, Tok Nah dan Ilah didepan antara puluhan pintu2 masuk ke masjid... Pintu babu salam (lelaki aja boleh masuk pintu nie)...terus menuju ke Raudhah.. |
Sampai di Madinah 5 Okt. pukul 8.30malam waktu tempatan. Waktu di malaysia 1.30pagi 6 Okt. Kami terus dibawa ke Hotel Fal Amjad, lebih kurang 300m dengan Masjid Nabawi/Masjid Nabi. Dari bilik hotel lagi dah ternampak masjid nabi terang benderang tersergam indah memanggil2 kami untuk ke sana..bermula dari Subuh pertama,....begitulah tiap2 hari rutin kami setiap waktu bersolat di masjid nabi selama lebih kurang 9 hari. Alhamdulillah aku sempat bersembahyang 41 waktu dimasjid nabi dan berkesempatan masuk ke Raudhah sekali....walaupun sekali aku bersyukur sangat dapat masuk pada hari pertama selepas sembahyang subuh dengan Tok Nah(MIL), Ilah dan Makcik Manis (teman sebilik). Untuk masuk ke Raudhah bagi perempuan agak susah, cuma dua pintu dibuka (yg aku ingat pintu 25) dan ada masa2 yg telah ditetapkan. pada musim haji lagilah adventure...mcm nak pergi perang...hehhehe....semua org nak masuk taman syurga ye tak? Dapat berdoa pun sudah memadai..sekarang makam nabi utk tempat ziarah perempuan dah tak nampak cuma makam salah seorang sahabat nabi aja yg nampak.
Madianah (Sabtu 9 Okt.)
Ziarah Luar
Masjid Khuba'.... Sesiapa yang mengambil wuduk dari rumahnya lalu pergi bersembahyang sunat ke Masjid ini, seperti dia melakukan satu kali umrah. |
Berehat sambil minum teh kurma di Ladang Kurma.. |
Pakaian rasmi kat sini...jubah dan telekong mini.. |
Bukit Uhud di mana perang Uhud berlaku di Zaman Rasulullah.. |
Melawat tempat cetak Al-Quran |
Di Pasar Kurma |
Hari ke-9 lepas subuh kami bertolak ke Makkah dengan menaiki bas. 2 kali berhenti untuk makan tengahari dan sembahyang jamak zohor/Asar. Sampai di di Hotel Lu'luat at Tawhid dah nak masuk Asar.(3 lebih dah asar).
First day @ Makkah, Di Luar Masjidil haram... sungguh teruja untuk melihat Kaabah for the first time. |
Lagi tempat mustajab untuk berdoa... Dlm Hijir Ismail dan di bawah Pancur Emas |
Melihat Kaabah dari atas.. Berlatar belakang Menara Jam besar |
Ziarah Mekkah...sekejap aja..dari pukul 6pg hingga 12 tengahari.. |